Penulisan Refleksi Ujian SEGAK GKK 1043

                Saya Syarifah Norbahirah Binti Syed Bahrom, pelajar PPISMP Semester 1 Pendidikan Agama Islam di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail.  Melalui tugasan yang diberi oleh pensyarah kursus GKB 1053 , Encik Biamin Bin Ali telah banyak memberi ilmu serta pengetahuan yang baru kepada saya.Saya telah belajar banyak ilmu pengetahuan yang saya tidak pernah belajar semasa saya berada di sekolah menengah. Saya berasa sangat bersyukur kerana dengan izin-Nya saya telah diberi ruang dan peluang untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini.

               SEGAK ialah singkatan dari perkataan Standard ecergasan Fizikal Kebangsaan untuk Murid Sekolah Malaysia. Perkataan SEGAK telah diputuskan oleh Menteri Pendidikan Malaysia pada tahun 2006. SEGAK juga membawa maksud murid-murid sekolah mempunyai imej dan perawatakan yang SEGAK serta kelihatan yang sihat dan cergas. Perkataan SEGAK juga sesuai bagi penampilan murid lelaki dan perempuan.SEGAK juga merupakan satu bateri ujian standard   kecergasan fizikal bagi mengukur tahap kecergasan fizikal murid berdasarkan kesihatan.  Komponen kecergasan fizikal yang diukur dalam SEGAK terkandung dalam kurikulum Pendidikan Jasmani sekolah rendah dan menengah. Bateri ujian SEGAK juga mempunyai norma berdasarkan murid sekolah di Malaysia mengikut umur dan jantina.  Hanya instrumen Indeks Jisim Badan (Body Mass Index- BMI) yang menggunakan norma dari badan kesihatan sedunia WHO, 2007.                     

                Matlamat saya menjalankan ujian segak adalah untuk menjadikan diri saya sentiasa peka,berpengatahuan,dan mengamalkan aktiviti kecergsan untuk meningkatkan dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan yang optimum.Objektif ujian segak ini pula untuk saya mengukur dan merekodkan tahap kecergasan fizikal kendiri.Bukan itu sahaja,malahan ujian ini juga mampu menganalisis dan mentafsir kecergasan fizikal kendiri serta mengetahui tahap kecergasan fizikal saya.Seterusnya,ujian juga dapat merancang dan melakukan tindakan susulan bagi meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan mengamalkan gaya hidup yang aktif dan sihat untuk mencapai tahap kecergasan fizikal.

             saya telah menjalankan ujian pra SEGAK pada bulan september yang lalu.Terdapat data-data yang dapat diambil ketika menjalani ujian ini. Pada ujian pra yang lalu, berat badan saya ialah 53kg dan tinggi pula ialah 151cm. skor BMI yang diperoleh ialah 23.2 iaitu di tahap normal.

 

 





 

            Seterusnya, ujian SEGAK yang dilakukan ialah ujian naik turun bangku. Kadar denyutan nadi pada ujian pra ialah 110 iaitu berada pada tahap kecergasan yang baik. Saya akan memastikan kedaan diri saya semakin cergas kerana sering naik turun tangga pada setiap hari ketika ingin ke kelas. Hal ini membuatkan saya tidak mudah berasa penat apabila melakukan ujian naik turun bangku ini.




 


 

 

 Selain itu, ujian tekan tubi juga dijalankan. Pada ujian yang pra segak saya mampu membuat sebanyak 20 kali tekan tubi.Disini menunjukkan daya tahan otot saya masih baik. Saya sentiasa mencabar diri saya dan meletakkan target untuk meningkatkan bilangan tekan tubi. Saya akan membuat tekan tubi pada setiap minggu dan memastikan ada peningkatan untuk ke seterusnya.





             Antara ujian lain yang nampak perbezaanya juga ialah ujian jangkauan melunjur. Skor yang diperoleh untuk saya menolak blok kayu pada jangkauan melunjur itu ialah sebanyak 31.5 cm.Ini menunjukkan badan saya sudah mampu untuk melentur dengan baik. Saya mampu untuk melakukan peningkatan ini kerana saya sentiasa melakukan regangan badan dan sedikit pemanasan badan.Sebelum ini saya akan mengalami kekejangan otot setelah melakukan ujian ini, tetapi setelah saya mengamalkan regangan pada setiap hari masalah itu sudah tidak terjadi.





 

           Seterusnya ujian yang agak mencabar iaitu ujian bleep. Pada ujian pra SEGAK  saya telah merekodkan aras tiga peringkat enam. Saya dapat melakukan ini mungkin kerana sering berjoging ke pantai berhampiran pada setiap hujung minggu untuk mendapatkan stamina yang tinggi. Selain itu saya juga sentiasa mempunyai rehat yang cukup untuk memastikan saya kekal cergas.Hal ini secara tidak langsung menunjukkan memberi kesan yang baik untuk kesihatan fizikal dan mental setiap individu.Maklumlah,semakkin hari semakin ramai yang menunjukkan sikap physcho yang kurang bijak seperti baru-baru ini , seorang rakan akrab membunuh sahabatnya.

             Dalam melakukan aktiviti seharian kita hendaklah menyusun pyramid fizikal kita dengan baik.Piramid fizikal terbahagi kepada empat aras iaitu tahap pertama,kedua,ketiga dan keempat.Pada aras pertama, kita hendaklah melakukan aktiviti yang setiap hari kita lakukan sebagai contohnya,berjalan ulang-alik dari kolej kediaman ke kelas,berkebun,buat kerja rumah dan banyak lagi.Hal ini menyebabkan diri kita semakin aktif dengan aktiviti yang mengeluarkan peluh.Pada aras dua pula,kita hendaklah melakukan aktiviti berintensiti sederhana dan terhad kepada 30 minit sehari.Aktiviti ini hendaklah diilakukan lima hingga enam kali seminggu.Sebagai contohnya,berjalan laju,menari,berbasikal,mendaki gunung dan banyak lagi.Pada tahap yang keseterusnya iaitu tahap tiga iaitu kita hendaklah melakukan aktivit yang dapat meningkatkan kelenturan badan,kekuatan dan ketahanan otot.Sebagai contoh aktivitinya ialah bangkit tubi,tekan tubi,angkat berat dan lain-lain.Pada tahap yang terakhir ini,kita hendaklah menghadkan aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam tahap ini.Sebagai contohnya, menonton televisyen atau bermain permainan computer.Tahap ini tidak memberikan kecergasan yang baik untuk badan kita apabila kita melazimi aktiviti-aktiviti sebegini.Oleh itu kita hendaklah mengetahui tahap kecergasan tubuh kita dan melakukan pyramid fizikal kita sendiri.

             Selain pyramid fizikal, kita hendaklah juga mengetahui kaedah FITT iaitu Kekerapan (frequency).Senaman boleh dilakukan setiap hari namun digalak melakukannya selangsehari. Tetapkan pada peringkat permulaan untuk melakukan senaman minimumempat hari seminggu.Seterusnya, Daya Tahan (intensity) Daya tahan jantung atau kadar degupan jantung yang sesuai untuk melakukansenaman dengan kiraan seperti berikut 220 tolak umur. Untuk membakar kaloridengan berkesan dan menjaga kesihatan jantung cari kadar jantung seminit diantara 60 hingga 90 bpm daripada hasil penolakan dengan umur anda tadi.Seterusnya,Masa (  ttimeDigalak melakukan senaman lebih daripada 30 minit. ni kerana tubuh hanyaakan menggunakan simpanan tenaga daripada badan seperti lemak apabila kitamelakukan senaman lebih dari 20 minit! mengikut kadar degupan jantung.Sasarkan senaman setiap sesi di antara 30 hingga 60 minit.Dan akhir sekali, Jenis (type) kita menetapkan aktiviti ini mengikut kehendak dan kemampuan dirisendiri.

 

            kesimpulannya,subjek GKK 1043 ini amat penting untuk kita mengetahui secara terperinci tahap kesihatn kendiri.Ianya,secara tidak langsung membuka minda setiap individu untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan diri setiap individu.Bila kita mengetahui nilai kecergasan tubuh badan kita,kita akan lebih terpesong untuk menjaga kesihatan badan kita dengan melazimi aktiviti-aktiviti sebegini dalam kehidupan seharian jika ada masa terluang di rumah, atau di mana-mana sahaja kerana pergerakan ini sangat memberi manfaat kepada kesihatan tubuh badan kita serta dapat meningkatkan kecergasan diri mengikut formula fit dan pyramid fizikal.Oleh itu, kita mestilah mengamalkan aktiviti cergas supaya badan kita sentiasa sihat dan segar.

 

 

Sumber rujukan

https://izzuddinayza0907.wordpress.com/2012/05/05/fitt/

https://www.google.com/search?q=piramid+fizikal+aktiviti&rlz=1C1GGRV_enMY917MY917&tbm=isch&source=iu&ictx=1&fir=YjWsgaSBfXEWRM%252CL5UjOKnWizAvSM%252C_&vet=1&usg=AI4_-kRbbSbT9HKr9B0-Qki5oTvw9AUx0w&sa=X&ved=2ahUKEwjWhuqvu5btAhUOzzgGHVOoDp0Q9QF6BAgCEA4&biw=1366&bih=657#imgrc=RpWMbG4CTCDp2M  


              

Comments