REFLEKSI GKK TUGASAN 4
Saya Syarifah Norbahirah Binti Syed Bahrom, pelajar PPISMP Semester 1
Pendidikan Agama Islam di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali
Ismail.Saya sebagai pelajar ppsimp semester satu telah menjalani ujian SEGAK.
SEGAK ialah singkatan dari perkataan
Standard ecergasan Fizikal Kebangsaan untuk Murid Sekolah Malaysia. Perkataan
SEGAK telah diputuskan oleh Menteri Pendidikan Malaysia pada tahun 2006. SEGAK
juga membawa maksud murid-murid sekolah mempunyai imej dan perawatakan yang
SEGAK serta kelihatan yang sihat dan cergas. Perkataan SEGAK juga sesuai bagi
penampilan murid lelaki dan perempuan.SEGAK juga merupakan satu bateri ujian
standard kecergasan fizikal bagi mengukur tahap kecergasan fizikal
murid berdasarkan kesihatan. Komponen kecergasan fizikal yang diukur
dalam SEGAK terkandung dalam kurikulum Pendidikan Jasmani sekolah rendah dan
menengah. Bateri ujian SEGAK juga mempunyai norma berdasarkan murid sekolah di
Malaysia mengikut umur dan jantina. Hanya instrumen Indeks Jisim Badan
(Body Mass Index- BMI) yang menggunakan norma dari badan kesihatan sedunia WHO,
2007.
Matlamat saya menjalankan
ujian segak adalah untuk menjadikan diri saya sentiasa peka,berpengatahuan,dan
mengamalkan aktiviti kecergsan untuk meningkatkan dan mengekalkan tahap
kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan yang optimum.Objektif ujian segak ini
pula untuk saya mengukur dan merekodkan tahap kecergasan fizikal kendiri.Bukan
itu sahaja,malahan ujian ini juga mampu menganalisis dan mentafsir kecergasan
fizikal kendiri serta mengetahui tahap kecergasan fizikal saya.Seterusnya,ujian
juga dapat merancang dan melakukan tindakan susulan bagi meningkatkan tahap
kecergasan fizikal dan mengamalkan gaya hidup yang aktif dan sihat untuk
mencapai tahap kecergasan fizikal.
saya telah menjalankan ujian pra SEGAK pada bulan september yang lalu.Terdapat
data-data yang dapat diambil ketika menjalani ujian ini. Pada ujian pra yang
lalu, berat badan saya ialah 53kg dan tinggi pula ialah 151cm. skor BMI yang
diperoleh ialah 23.2 iaitu di tahap normal.
Seterusnya, ujian SEGAK yang
dilakukan ialah ujian naik turun bangku. Kadar denyutan nadi pada ujian pra
ialah 110 iaitu berada pada tahap kecergasan yang baik. Saya akan memastikan
kedaan diri saya semakin cergas kerana sering naik turun tangga pada setiap
hari ketika ingin ke kelas. Hal ini membuatkan saya tidak mudah berasa penat
apabila melakukan ujian naik turun bangku ini.
Selain itu, ujian tekan tubi juga dijalankan. Pada ujian yang pra
segak saya mampu membuat sebanyak 20 kali tekan tubi.Disini menunjukkan daya
tahan otot saya masih baik. Saya sentiasa mencabar diri saya dan meletakkan
target untuk meningkatkan bilangan tekan tubi. Saya akan membuat tekan tubi
pada setiap minggu dan memastikan ada peningkatan untuk ke seterusnya.
Antara ujian lain yang
nampak perbezaanya juga ialah ujian jangkauan melunjur. Skor yang diperoleh
untuk saya menolak blok kayu pada jangkauan melunjur itu ialah sebanyak 31.5
cm.Ini menunjukkan badan saya sudah mampu untuk melentur dengan baik. Saya
mampu untuk melakukan peningkatan ini kerana saya sentiasa melakukan regangan
badan dan sedikit pemanasan badan.Sebelum ini saya akan mengalami kekejangan
otot setelah melakukan ujian ini, tetapi setelah saya mengamalkan regangan pada
setiap hari masalah itu sudah tidak terjadi.
Seterusnya ujian yang agak
mencabar iaitu ujian bleep. Pada ujian pra SEGAK saya telah merekodkan aras tiga peringkat enam.
Saya dapat melakukan ini mungkin kerana sering berjoging ke pantai berhampiran
pada setiap hujung minggu untuk mendapatkan stamina yang tinggi. Selain itu
saya juga sentiasa mempunyai rehat yang cukup untuk memastikan saya kekal
cergas.Hal ini secara tidak langsung menunjukkan memberi kesan yang baik untuk
kesihatan fizikal dan mental setiap individu.Maklumlah,semakkin hari semakin
ramai yang menunjukkan sikap physcho yang kurang bijak seperti baru-baru ini ,
seorang rakan akrab membunuh sahabatnya.
Dalam melakukan
aktiviti seharian kita hendaklah menyusun pyramid fizikal kita dengan
baik.Piramid fizikal terbahagi kepada empat aras iaitu tahap
pertama,kedua,ketiga dan keempat.Pada aras pertama, kita hendaklah melakukan
aktiviti yang setiap hari kita lakukan sebagai contohnya,berjalan ulang-alik
dari kolej kediaman ke kelas,berkebun,buat kerja rumah dan banyak lagi.Hal ini
menyebabkan diri kita semakin aktif dengan aktiviti yang mengeluarkan
peluh.Pada aras dua pula,kita hendaklah melakukan aktiviti berintensiti
sederhana dan terhad kepada 30 minit sehari.Aktiviti ini hendaklah diilakukan
lima hingga enam kali seminggu.Sebagai contohnya,berjalan
laju,menari,berbasikal,mendaki gunung dan banyak lagi.Pada tahap yang
keseterusnya iaitu tahap tiga iaitu kita hendaklah melakukan aktivit yang dapat
meningkatkan kelenturan badan,kekuatan dan ketahanan otot.Sebagai contoh
aktivitinya ialah bangkit tubi,tekan tubi,angkat berat dan lain-lain.Pada tahap
yang terakhir ini,kita hendaklah menghadkan aktiviti-aktiviti yang terdapat
dalam tahap ini.Sebagai contohnya, menonton televisyen atau bermain permainan
computer.Tahap ini tidak memberikan kecergasan yang baik untuk badan kita
apabila kita melazimi aktiviti-aktiviti sebegini.Oleh itu kita hendaklah
mengetahui tahap kecergasan tubuh kita dan melakukan pyramid fizikal kita
sendiri.
Selain pyramid fizikal, kita
hendaklah juga mengetahui kaedah FITT iaitu Kekerapan
(frequency).Senaman boleh dilakukan setiap hari namun digalak melakukannya selangsehari.
Tetapkan pada peringkat permulaan untuk melakukan senaman minimumempat hari
seminggu.Seterusnya, Daya Tahan (intensity)
Daya tahan jantung atau kadar
degupan jantung yang sesuai untuk melakukansenaman dengan kiraan
seperti berikut 220 tolak umur. Untuk membakar kaloridengan
berkesan dan menjaga kesihatan jantung cari kadar jantung seminit diantara 60 hingga 90 bpm daripada hasil penolakan dengan umur anda
tadi.Seterusnya,Masa ( ttime) Digalak melakukan senaman lebih daripada 30 minit. ni kerana
tubuh hanyaakan menggunakan simpanan
tenaga daripada badan seperti lemak apabila kitamelakukan senaman lebih dari 20
minit! mengikut kadar degupan jantung.Sasarkan senaman setiap sesi di antara 30
hingga 60 minit.Dan akhir sekali, Jenis (type) kita menetapkan aktiviti ini mengikut kehendak dan kemampuan
dirisendiri.
kesimpulannya,subjek GKK 1043 ini amat penting untuk kita mengetahui
secara terperinci tahap kesihatn kendiri.Ianya,secara tidak langsung membuka
minda setiap individu untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan
diri setiap individu.Bila kita mengetahui nilai kecergasan tubuh badan
kita,kita akan lebih terpesong untuk menjaga kesihatan badan kita dengan
melazimi aktiviti-aktiviti
sebegini dalam kehidupan seharian jika ada masa terluang di rumah, atau di
mana-mana sahaja kerana pergerakan ini sangat memberi manfaat kepada kesihatan
tubuh badan kita serta dapat meningkatkan kecergasan diri mengikut formula fit
dan pyramid fizikal.Oleh itu, kita mestilah mengamalkan aktiviti cergas supaya
badan kita sentiasa sihat dan segar.
Sumber rujukan

Comments
Post a Comment